Thursday, April 2, 2009

FLASHBACK SEMESTER 1


Salam

Oklah, sebagai permulaan, kitorang akan cerita pasal aktiviti2 last sem. 14 Julai 2008, merupakan tarikh paling penting bagi kami semua. Di mana, kami ditakdirkan sebagai satu keluarga selama 5 tahun. Orientasi bagi aku, tak berapa best. Tapi ada beberapa aktiviti dalam kumpulan yang aku masih ingat. Tapi takde la best mana. And paling aku tak dapat lupa tu, masa dekat pantai.aktiviti yang memang kelaka abes.aku ingat masa kena minum air laut tu, orang first minum ialah Asraf.tapi dia minum sampai licin abes!hahaa.tp disebabkan nak cover, kitorang pas2 gak ar cawan tu, berlakon kononnya minum gak. Lepastu masa time guling2 tu, ada la mamat klas aku gak ar, guling tak ingat dunia,dah ar laju,sampai masuk line orang lain.haha.time paling takleh lupa,gosok gigi pakai air laut. pastu kena baring kat pantai.siap budak kelas aku wat gaya kuak lentang kat atas pasir.hhaha.okla, nak cita aktiviti kami.


BBQ (ice breaking kot.hehe)

Untuk pertama kalinya, kami membuat bbq di tepi pantai. Bes jugak sebab dapat merapatkan hubungan kami semua. Gamba aku tak pasti letak kat mana ntah. tapi yang satu-satunya gambar yang aku rasa berharga sekali ialah gambar ini. kali pertama kitorang bergambar sekali dan tak kenal sangat satu sama lain.


MERDEKA KE-51 (Ogos)

Haaa..yang ini memang aku tak dapat lupakan. Memang sangat sangat sweet memory la bagi aku. Banyak kenangan bersama sahabat2 aku dalam tempoh 10 hari duk kat Putrajaya. Memang rugi sangat sape tak pegi. Memang best and enjoy gile arh.hehe. Aku dan kawan2 ambik mase gak nak lupakan Merdeka ni.dekat sebulan lebeh jugak la. tak semua dalam kelas kami yang pegi. Ada kot dalam 10 orang. Asraf, Pa,Izah, Izzati, Juni, Rakinah, Farah, Angah,Maya,Athirah. Rindu sangat memori beli nasik lemak same2, kena lari-lari cari bas kosong pade awal pagi, lari time hujan masa tgh praktis, kena jerit dengan Pak Ngah,Kak siti jerit,"KUninnggg!!!Merahh!!!!", kena marah dgn pakcik kotak(dia suka pakai kotak kat kepala dia.hahaha) and byk lagi la.


BUKA PUASA (September)

Untuk kali pertama, kami berbuka puasa beramai2. Kami dibahagikan tugas masing2, ada yang kena masak nasik, ada yang tugas kena beli lauk, ada yang kena kumpul beberapa pinggan, ada yang kena pergi minta kat pakcik cafe keizinan menggunakan cafe dan juga pinjam bekas bancuh air. Aku ditugaskan buat air dan minta kat pakcik tu bekas air dan keizinan untuk buka di cafe. Semuanya berjalan lancar dan makanan memang sedap! Tambah2 lagi air bandung tu sedapp sangat! :D


KEMBARA SOSIAL POS BROOKE (Oktober)

Program yang best dan aku pasti kami semua merasai pengalaman yang tak pernah kitorang lalui sebelum ini. Kami perlu membuat kajian di perkampungan orang Asli suku Temiar di Pos Brooke, Gua Musang. Unit yang terlibat ialah unit Pengajian Sosial 1 & Pengajian Sosial 2 SEM3 dan Pengajian Sosial 1&Pengajian Sosial 2 SEM1. Perjalanan agak jauh dan sampai Pos Brooke pada pukul 11 mlm. Pengalaman tak dapat dilupakan, dapat bermesra dengan kanak-kanak di sini. sembang dengan diorang memang best. yang ramah tu, memang ramah betul. kelaka pun ade. Budak-budak orang Asli ni bagi aku la,diorang ni bagus.Tak tau la nape, tapi aku rasa diorg ni..amatlah comel.hehe. Ini adelah beberapa gambo yang dapat aku kongsi bersama.

Melalui program ni, kami sebagai junior SEM1, dapat mengeratkan hubungan dengan senior KS Sem3 jugak. Diorang ni baik2 belaka, maybe ade gak 2 atau 3 orang kot yg tak ok. Tapi mostly memang sangat okeh. Hehe.

erm,itu je kot. Hehe. Tapi SEM 1 masih mengenali hati budi masing2. Semua masalah kami selesaikan dengan segera. Alhamdulillah masing-masing faham dan aku dapat lihat, untuk SEM2, mane yang before ni kurang okeh sket prangai, SEM2 dah mula menyedari dan cuba mengubah diri sendiri. Bagus dan tahniah. Dan semoga Happy Selalu! :D wslm

4 comments:

  1. hope korang boleh terus baik mcm ne

    jai ks sem 5

    ReplyDelete
  2. salam
    thanks bro jai :D
    camne leh terjumpa blog ni?malu lak rase.muahaha
    ape2 pn.thanks :)

    ReplyDelete
  3. terharu la
    ada blog klas
    thanx maya!

    ReplyDelete