Thursday, December 23, 2010

Memori Semester 2 PISMP

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.
Hari ni terasa nak upload gamba kita semester ni
ni beberapa gambo yg telah dipilih. oh ya 
gamba masa jamuan raya tadak dalam simpanan laptop ni
kalu sesapa rajin upload nah :)

These are our memories in PISMP SEM 2 KS2 Jan 2010


















Semangat gile waktu Pameran LB ni! hehe



wslm

dari hati, 

English

Salam
Chek baghu2 ni ada terjumpakkk satu website
yang insyaAllah boleh bantu chek dan kawan kawan dalam english
Kat sini boleh donwload podcast mp3 dan siap leh download text hat depa cakap lagi

http://learnenglish.britishcouncil.org

pehtu cari listen and watch. banyak hampa buleh download
selamat mencuba!
rindu hangpa soomaaa!! ;(

wslm

Wednesday, December 22, 2010

2011 - Semester 3

Salam sayang buat kawang kawang sekalian
Kehadiran Semester 3 makin hangat terasa
Semakin lama semakin hampir

Saya harap semester 3 nanti kita lebih baik dari sebelum ini :)

Be better than last Sem :D

1. Masa lecturer cakap kat depan tengah mengajaq, toksah sembang sembang kat belakang.
Tutup laptop dan hp. Kita nak jadik chekgu, ingat tu. nanti kita plak dapat balasan ,
murid taknak bg perhatian waktu kita mengajaq. what goes around,comes around.ingat tuuu

2. Hormati lecturer. nak melawak boleh tapi jangan sampai over sangat,smpai lecturer terasa. kadang kadang kita rasa kita buat tu lawak tapi sebenarnya agak 'kurang sopan' .

3. Kalau masuk kelas lambat, jangan terus masuk mcm tak da apa2. jumpa lecturer dan minta maaf dulu sbb masuk lambat.

4. kalau kawan kawan sekelas cakap kat depan, tolong beri perhatian. hormati jugak kawan kawan kita, diorang manusia bukan tunggul kayu yang tidak ada perasaan. kalau kawan kita marah sebab kita tak beri perhatian dia cakap kat depan, akuilah ksilapan kita. cuba kita rasa kita yang duk kat depan org buat tak tau kita cakap .

Semua dah umur 20 tahun (kecuali 2 orang.ehe)
Dan kita bakal jadi cikgu.Cikgu, bukan pekerja di pejabat pejabat,mat despatch ka.hehe



Sekian wslm

Tuesday, November 23, 2010

Selamat Bercuti!

Salam
Selamat Bercuti Kawan2!
Jaga diri!
Miss u ALL!! :D

Thursday, October 7, 2010

Minngu paling sibuk dalam sejarah peradaban kita di IPG KSM!!

HYPE!!!


Wahai kawan-kawanku sekalian, minggu ni adalah minggu paling hactic dalam sejarah kita sebagai classmate kan?

Ahad - Isnin - Persediaan Inovasi
Selasa - Pameran Inovasi, Sambutan Hari Raya
Rabu - Khamis - Amali PJ
Jumaat - Sabtu - Persaraan (x patut tau tyme hujung minggu, ni kalau report ni, salah ni...x pa...ikhlas je lah)...
Ahad - Isnin - Bola tampar

Semoga semua dapat bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk segala-galanya yang bakal mendatang....! Figtooo Ohhhh!

Sunday, August 1, 2010

BIG SEM 2

SALAM
31 Julai 2010 yang lepas, kami telah mengadakan BIG di rumah kenduri
di kawasan Padang Luas (tapi padang dia tak luas mana pun.ehe)
Bertolak 8 pagi dan sampai di sana pukul 8.15 pagi
Menolong basuh pinggang (pronounciation ganu kite)
Angkat pinggan ulang alik gi belakang,
sentiasa check makanan cukup ke tak, kalau tak ckup gi isi
kemas meja yang tak dikemas
dan.herm,apa lagi tak ingat dah

Mula-mula sekali angah and her friends making the ayaq for the kenduri using gayung and besen. wah, very good aa .can bancuh water in the besenn.


pahtuu, bila orang dah start ramai, barulah masing-masing buat kerja yang tak menang tangan. penat betuii ulang alik suma. tapi apa-apa pun aku paling suka basuh pinggan ramai-ramai, sebab sempat lagi wat hegeh hegeh walaupun banyak pinggan. kalau keje lain, tak sempat sebab buat sorang. ni ramai-ramai, syok sikit.hehe


uihh.rajennnyaaaaaa

tutor kami, encik khir anuar

ramai nya mokcik basuh pinggangg!

Pukul 5.00 petang kami pun siap-siapp untuk pulang
Sebelum pulang, cenderahati diberikan pada Tuan Rumah

On da way balik seperti biasa perlu berjalan kaki hampir 1 kilometer ke jalan besar
masa duk jalan sempat lagi bergambar posing.
depa ni memang suka bergambar, ish ish ish



Begitulah kisahnya. maafla gambaq aktiviti tak banyak sangat.sebab busy kan,tak sempat nak bergambar.hehehe.

wassalam



Sahabat ku

Salam


Kepada Sahabat-sahabat Pengajian Sosial 2
Salam sayang
Sejak menjadi KU kelas ni, rasa macam saya tak begitu tanggungjawab
kadang-kadang rasa sangat bersalah pada anda semua
Minta maaf kerana saya kurang efisien,sistematik,berdedikasi
Antara masalah saya ialah,saya ni kuat lupa. mungkin kesan dari kisah masa kanak-kanak
Pernah termakan seekor semut hitam dan rasanya sangat.ho liao..

Anda semua lah adik beradik saya di sini
Terubat sikit rasa rindu kat family,sebab kat sini pun saya ada anda semua


Saya berdoa supaya kita semua hidup aman damai diberkati Allah
Saling tolong menolong, hormat menghormati, toleransi
Kalau ada kecik ati antara satu sama lain
Jangan simpan dalam hati,selesaikan elok-elok


setiap sahabat saya ada kekurangan dan kelebihan
tapi itu tak menjadi masalah untuk kita saling menerima
saya mendoakan kesejahteraan dan keberkatan hidup anda
semoga hidup tenteram dan dielakkan dari
hasad dengki, dendam, panas baran, bongkak, riak,


Alhamdulillah setakat ini jika ada masalah,
semua orang akan memainkan peranan.
saya rasa bersyukur dikurniakan sahabat seperti anda semua
walaupun kelas kita hanya ada 3 orang lelaki,
tapi anda bertiga memang terbaik
menjaga kami 17 orang perempuan

Semoga kita dijauhkan dari perkara perkara tak elok
Ya Allah, Jauhkanlah kami semua dari persengketaan dan hasad dengki
Satukanlah hati kami semua.Amin.
Sayang anda semua :) terima kasih

Wednesday, July 7, 2010

Result Kami


Salam
Seperti yang kawan-kawan sedia maklum,
result kelas kita sem ini jatuh merudum

Namun kawan-kawan, janganlah kita bersedih hati
Perkara sudah lepas, buat apa dikenang lagi
Kalau result kita tinggi, alhamdulillah,
kalau rendah pun, alhamdulillah
kita dah cuba yang terbaik kan :)

Dalam hidup ada jatuh dan bangkit
takkan kita nak bangkit selalu
kadang-kadang perlu juga rasa terjatuh
supaya kita ambik iktibar selepas terjatuh
jangan salahkan pasu atau batu bila terjatuh

seperti yang kita tahu, assignment sosio kita pun soalan agak susah
ramai yang tak boleh nak jawab soalan assignment folkway dan mores
ape ape pun, dont blame others
blame ourself
mungkin kita study last minute (contoh terdekat: saya.muauahaa)
mungkin kita ambil sambil lewa

Yang paling penting, aku tau kawan-kawan sangat jujur dalam menjawab
Aku percaya tak ada seorang pun meniru dan menipu dalam exam yang lepas
kawan-kawan patut bangga dengan diri sendiri
sebab kawan-kawan tak menipu diri sendiri
dan kawan-kawan cuba jugak jawab soalan walaupun susah
even susah, kawan kawan tak ambik jalan mudah dengan meniru dan bawak toyol
mungkin result kita rendah, tapi itu tak penting
keberkatan lebih penting :D

Walaupun begitu, jangan disebabkan result ni kita sedih
Mari kita happy!enjoy this semester! :D
enjoy plus study.jgn enjoy saje plak ekk.hehe

Ape-ape pun,gudluck untuk present PJ pagi nanti!
Enjoy urself dengan aktiviti PJ yang ada pergerakan dengan muzik tu! :D
Wassalam

salam sayang dari saya :D

Tuesday, June 22, 2010

Jamuan Akhir SEM1 PISMP







Itu sahaja.sekian terima kasih! :)
(malas nak cerita.hehe)

Terbuka kepada sesiapa.heehe

(gambar hiasan yang comel)

Salam

Kawan-kawan Kajian Sosial 2 SEM 2,
Minta jasa baik kawan-kawan untuk bagi emel dekat saya
Nak invite jadik penulis blog ini juga

Tapi sebelum tu rasanya kawan-kawan kena daftar blogger dulu
Jom daftar kawan-kawan!Meriahkan blog kelaih kita!! :D


Saturday, June 19, 2010

Helloo PISMP SEM 2!

Salam

Ehem. tahun depan kelas Kajian Sosial 2 bakal berada di bawah tampuk pemerintahan saya.kehkeh.

oleh itu saya memohon agar rakan rakan sekelas dapat memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang saya menjalankan tugas .hahahahahhahahaa..

Bekerja dengan saya, bukan bekerja untuk saya. CHEEEEEEEEEEWAHH!!!bahahaha!

Kalau ada rasa tak puas hati ke, mari berbincang hati ke hati dengan saya, insyaAllah saya akan cuba yang termampu.

Semoga SEM depan berjalan dengan lancar dan harmoni. Have a happy life! (have a happy life?pekebende ni?takde kene mengene dengan post)

Wslm

Thursday, June 3, 2010

penamat semester 1

semester 1 untuk ijazah diakhiri dengan persembahan koir drp KS 1 n KS 2 untuk majlis konvokesyen ke 9 IPG KSM.

jumpa lagi hujung JUN ini dengan semangat yang baru serta tampuk kepimpinan baru.
=)..selamat bercuti..

Monday, April 5, 2010

ASSIGNMENT??FINISHHHH!!! :D

Salam
maaf le lama tak update.almaklumlah busy le katekan
aktiviti bersama pun tak byk dibuat untuk semester ini
masing2 busy gitu. insyaAllah nati gi mane2 guwer cite kat korang yek
Ape2 pn, musti smua dah happy!sebab assingment suma dah hanta.
Hooray!!!oooppsss... Alhamdulillah :)
Hanya tinggal SBE aje lagi
then MUET
24 april ini.

hanya beberapa orang aja yang amik MUET
sebab hat lain dah amik untuk sem2 before ni
ape2 pun, gudluck!! :)

Tuesday, March 16, 2010

B.I.G

Salam
pada 2 Februari 2010, sebanyak 4 unit telah menjalani Bina Insan Guru (BIG) di Padang Dr Maznah, IPGM KSM. T_T siann.dalam maktab aje tahun ni.iskk iskk..kami adalah sesi pertama manakala 4unit RekaBentuk dan Teknologi (RBT) menjalani BIG pada minggu berikutnya. Kalau nak cerita semua, malas la.jadik cerita mana2 yang best je la ek. Hehehe.

1 Februari 2010, 2 ptg, kami unit Kajian Sosial 2 ditugaskan untuk mengangkut kayak2 ini dari maktab hingga ke Bkt Kluang. Kelas yang ada 17 orang perempuan, 3 orang laki jugak yang jadik mangsa. Kenapa klas yang ramai lelaki gagah perkasa tak disuruh?hhuhu.tapi apa2 pn, seronok dan enjoy jugak angkat kayak ramai2.hehehehe. :)

"besnyee aku diangkut bdk2 KS2!" ujar kayak2 ini.hahaha

Sampai je di Bukit Kluang, kitorang lepak lepak jap.Rileks2 sambil bermain buaian dan juga membeli keropok2 dan cendol.hehehe. ini ada beberapa aksi budak2 ni.

kami gila bergambar.
bangga gila leh angkat kayak2 ni. hnss hnss kembang idung.

haaa.nahh nahh.hamik kau jun!dah lame dah aku dendam. akhirnya boleh jugak blass.hahaha

Okaylah. Berbalik pada kisah BIG. BIG kami bermula pada Hari Isnin 2 Februari 2010 jam 2 petang. semua ada 4 unit untuk sesi pertama ni. Kajian Sosial 1, Kajian Sosial 2, Sains dan Pemulihan. Pada petang tu ada aktiviti dalam dewan yang tak berapa best sangat pun.Okaylah,aku nak cerita yang kisah2 menarik aje yep. yang bosan malas nak cerita.ehehe

Pada 3 Februari 2010 jam 8 pagi, kami 4 unit dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kajian Sosial 1 dan 2 satu kumpulan. Manakala Sains dan Pemulihan satu kumpulan. Hari pertama aktiviti ni, ada aktiviti darat dan aktiviti air. Kami kumpulan KS kena buat aktiviti air, Sains&Pemulihan kena buat aktiviti darat. aktiviti air, kami kena berkayak dari Bukit Kluang hingga ke Pulau Rhu yang mengambil masa lebih kurang 35 minit. Aktviti darat pulak, daki Bukit Kluang le.ape lagikk.hehehee. tapi bukan daki aje, ada lagikk.nati2 akan diceritakannnn..tungguuuuuuuuu...

Sebelum berkayak, kami diajar cara-cara asas berenang. Best betul berenang ramai2 kat pantai tu.hahaha.nasib baik pakai life jacket, yang tak reti berenang pun automatik jadik reti berenang. Lepas tu En Yaakob bagi taklimat tentang kayak, then kitorang pun berlepas pergi menuju Pulau Rhu. dalam perjalanan tu, ombak tak kuat pun.Biasa2 aje, tapi ada 2 buah kayak terbalik. Sian kawan aku tu, smpai nanges2 dia. Ape2 pn, alhamdulillah selamat semua.

encik sulizi berbangge dah smpai.tp kitorang smpai dulu dr enciikk.jgn jeles!

Kajian SOsial 2 :)

terjumpa gamat..eiii.geli2!!!

kamilah juara!

syokk oo mandi! (disinilah bermulanya episod wajah Burn tahap kritikal..)

di Pulau Rhu, kami kena masak nasi dan telur rebus. aku tgk ramai je yg masak, pastu ape lagik,aku pun gi la main ayaqq. bes gile main air!dah la jernih,cetek pulak tu!memang tak nyesal la! (tapi last2 kami semua menyesal juga.kerana kesannya, wajah kami terbakar tahap kritikal-doktor kata- .sehingga kini wajah kami semua sensitip kalau kena panas,so sekarang kami semua puteri lilin!ahakss)

ye puan2.kacau sehingga naik bauu

Selepas makan, kami menunaikan solat berjemaah di atas pasir pantai. First time kami semua merasa solat ditambah dengan deruan ombak dan bunyi kicauan burung. Sangat sayu rasa masa solat tu. hurm... selepas solat kami semua bertolak pulang kira2 2.40 petang gitu. Dalam perjalanan tu, Ya Allah ombak kuat gilerr!!sangat kuat. aku kayak dengan Rodiah pun,sampai nak nanges2 rasa.nak terbalik.pastu dia gi arah lain pulak tu, banyak kali pusing smula tapi last2 gitu gak..akhirnya, bot penyelamat dtg menyelamatkan kami. kayak kami ditarik dan kami tidak perlu lagi mengayuhkan kayak kami.best bestt.hehehehehe

sampai aja di pantai, semua bekerjasama untuk menyimpan semula semua kayak-kayak dan bot penyelamat ke tepi menara JPA. seronok betul angkat barang ni ramai2 kan. meriahh rase.hahaha :D



Keesokan harinya, kami kena naik bukit kluang pulak.aduihh2. first sekali dah kena merangkak2 kat pantai.kelaka gile kena buli!hahahaha.pastu muka kena conteng dengan suatu bahan kimia (terlalu bahaya untuk diterangkan di sini).akhirnya selepas habis big ni,bahan kimia ini menjadi isu kepada kulit kami yang sudahlah terbakar,pastu terbakar lagi teruk dek bahan ini.

jun, pa dan asraf. 3 org jejaka KS2

comell kan kami :)


Ini adalah first time aku naik Bkt Kluang. Curam gak Bkt Kluang ni.lenguh kaki den. ape2 pun, pemandangan dari atas memang cantik!!! kami semua ditugaskan membuat satu pantun berkaitan dengan apa yang kami lihat sepanjang perjalanan di atas Bkt Kluang, mencari 3 helai daun herba dan dikehendaki untuk terangkan kegunaannya, dan buat cheersong.

semua masam sebab pedih muka setelah kena bahan kimia.. tuuttt.. (RAhsia2,takot kena saman)

subhanallah.indah sungguh pemandangan!!

Lepas berehat kat atas tu, kami pun turun la. Turun dan dikehendaki masak nasi dan telur di kawasan lapang area2 dekat pertemuan sungai dan laut. Di situ kami dikehendaki mempersembahkan semua tugas2 yang telah diberi. Oh ya lupa nak bagitau, kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan, 3 kumpulan perempuan semua dan satu kumpulan laki semua. time paling best ialah waktu cheersong. cheersong kumpulan laki paling best.biasa la, permpuan kan pemaluu pemaluu.laki tak malu skitt.hahahaha

cheersong yang kelaka

Selepas itu, kami dikehendaki diberi tugasan yang agak mencabar. kami dikehendaki membawa seorang pesakit yang patah tengkuk, tangan dan kaki dalam keadaan yang paling selamat. Jadi masing2 kena wat cara sendiri utk bawa pesakit diorang. banyak gak halangan antaranya ialah kena lalu lumpur yang sangat...eiii.gelii.kotooorrrrr.tapi takpela,best la jugak.hahaha

cara kumpulan ini membawa pesakit mereka.

ini kumpulan lain pulak.macam bawa mayatt je.hahahha


Akhirnya, sampai jua..really enjoy walaupun susah membawa pesakit2 ni. haha. pengalaman yang tak dapat dilupakan :) Malan tu, ada persembahan kebudayaan. Pastu esok tu majlis penutup. Malas nak cerita, sebab dua ni je yang memori paling best kot.
Balik2 aje hostel petang khamis tu, kawan2 RBT terkejut tengok muka kitorang yang burn teruk!selepas tu ramai la pegi klinik untuk mdapatkan rawatan. bahaya2, nasib baik tak kena kanser kulit...huuhuhuh........

selepas BIG ni, aku rasa hubungan antara unit lain tu semakin rapaatttt gitu.hehehe. :)