Tuesday, November 23, 2010

Selamat Bercuti!

Salam
Selamat Bercuti Kawan2!
Jaga diri!
Miss u ALL!! :D

Thursday, October 7, 2010

Minngu paling sibuk dalam sejarah peradaban kita di IPG KSM!!

HYPE!!!


Wahai kawan-kawanku sekalian, minggu ni adalah minggu paling hactic dalam sejarah kita sebagai classmate kan?

Ahad - Isnin - Persediaan Inovasi
Selasa - Pameran Inovasi, Sambutan Hari Raya
Rabu - Khamis - Amali PJ
Jumaat - Sabtu - Persaraan (x patut tau tyme hujung minggu, ni kalau report ni, salah ni...x pa...ikhlas je lah)...
Ahad - Isnin - Bola tampar

Semoga semua dapat bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk segala-galanya yang bakal mendatang....! Figtooo Ohhhh!

Sunday, August 1, 2010

BIG SEM 2

SALAM
31 Julai 2010 yang lepas, kami telah mengadakan BIG di rumah kenduri
di kawasan Padang Luas (tapi padang dia tak luas mana pun.ehe)
Bertolak 8 pagi dan sampai di sana pukul 8.15 pagi
Menolong basuh pinggang (pronounciation ganu kite)
Angkat pinggan ulang alik gi belakang,
sentiasa check makanan cukup ke tak, kalau tak ckup gi isi
kemas meja yang tak dikemas
dan.herm,apa lagi tak ingat dah

Mula-mula sekali angah and her friends making the ayaq for the kenduri using gayung and besen. wah, very good aa .can bancuh water in the besenn.


pahtuu, bila orang dah start ramai, barulah masing-masing buat kerja yang tak menang tangan. penat betuii ulang alik suma. tapi apa-apa pun aku paling suka basuh pinggan ramai-ramai, sebab sempat lagi wat hegeh hegeh walaupun banyak pinggan. kalau keje lain, tak sempat sebab buat sorang. ni ramai-ramai, syok sikit.hehe


uihh.rajennnyaaaaaa

tutor kami, encik khir anuar

ramai nya mokcik basuh pinggangg!

Pukul 5.00 petang kami pun siap-siapp untuk pulang
Sebelum pulang, cenderahati diberikan pada Tuan Rumah

On da way balik seperti biasa perlu berjalan kaki hampir 1 kilometer ke jalan besar
masa duk jalan sempat lagi bergambar posing.
depa ni memang suka bergambar, ish ish ish



Begitulah kisahnya. maafla gambaq aktiviti tak banyak sangat.sebab busy kan,tak sempat nak bergambar.hehehe.

wassalam



Sahabat ku

Salam


Kepada Sahabat-sahabat Pengajian Sosial 2
Salam sayang
Sejak menjadi KU kelas ni, rasa macam saya tak begitu tanggungjawab
kadang-kadang rasa sangat bersalah pada anda semua
Minta maaf kerana saya kurang efisien,sistematik,berdedikasi
Antara masalah saya ialah,saya ni kuat lupa. mungkin kesan dari kisah masa kanak-kanak
Pernah termakan seekor semut hitam dan rasanya sangat.ho liao..

Anda semua lah adik beradik saya di sini
Terubat sikit rasa rindu kat family,sebab kat sini pun saya ada anda semua


Saya berdoa supaya kita semua hidup aman damai diberkati Allah
Saling tolong menolong, hormat menghormati, toleransi
Kalau ada kecik ati antara satu sama lain
Jangan simpan dalam hati,selesaikan elok-elok


setiap sahabat saya ada kekurangan dan kelebihan
tapi itu tak menjadi masalah untuk kita saling menerima
saya mendoakan kesejahteraan dan keberkatan hidup anda
semoga hidup tenteram dan dielakkan dari
hasad dengki, dendam, panas baran, bongkak, riak,


Alhamdulillah setakat ini jika ada masalah,
semua orang akan memainkan peranan.
saya rasa bersyukur dikurniakan sahabat seperti anda semua
walaupun kelas kita hanya ada 3 orang lelaki,
tapi anda bertiga memang terbaik
menjaga kami 17 orang perempuan

Semoga kita dijauhkan dari perkara perkara tak elok
Ya Allah, Jauhkanlah kami semua dari persengketaan dan hasad dengki
Satukanlah hati kami semua.Amin.
Sayang anda semua :) terima kasih

Wednesday, July 7, 2010

Result Kami


Salam
Seperti yang kawan-kawan sedia maklum,
result kelas kita sem ini jatuh merudum

Namun kawan-kawan, janganlah kita bersedih hati
Perkara sudah lepas, buat apa dikenang lagi
Kalau result kita tinggi, alhamdulillah,
kalau rendah pun, alhamdulillah
kita dah cuba yang terbaik kan :)

Dalam hidup ada jatuh dan bangkit
takkan kita nak bangkit selalu
kadang-kadang perlu juga rasa terjatuh
supaya kita ambik iktibar selepas terjatuh
jangan salahkan pasu atau batu bila terjatuh

seperti yang kita tahu, assignment sosio kita pun soalan agak susah
ramai yang tak boleh nak jawab soalan assignment folkway dan mores
ape ape pun, dont blame others
blame ourself
mungkin kita study last minute (contoh terdekat: saya.muauahaa)
mungkin kita ambil sambil lewa

Yang paling penting, aku tau kawan-kawan sangat jujur dalam menjawab
Aku percaya tak ada seorang pun meniru dan menipu dalam exam yang lepas
kawan-kawan patut bangga dengan diri sendiri
sebab kawan-kawan tak menipu diri sendiri
dan kawan-kawan cuba jugak jawab soalan walaupun susah
even susah, kawan kawan tak ambik jalan mudah dengan meniru dan bawak toyol
mungkin result kita rendah, tapi itu tak penting
keberkatan lebih penting :D

Walaupun begitu, jangan disebabkan result ni kita sedih
Mari kita happy!enjoy this semester! :D
enjoy plus study.jgn enjoy saje plak ekk.hehe

Ape-ape pun,gudluck untuk present PJ pagi nanti!
Enjoy urself dengan aktiviti PJ yang ada pergerakan dengan muzik tu! :D
Wassalam

salam sayang dari saya :D