Tuesday, March 16, 2010

B.I.G

Salam
pada 2 Februari 2010, sebanyak 4 unit telah menjalani Bina Insan Guru (BIG) di Padang Dr Maznah, IPGM KSM. T_T siann.dalam maktab aje tahun ni.iskk iskk..kami adalah sesi pertama manakala 4unit RekaBentuk dan Teknologi (RBT) menjalani BIG pada minggu berikutnya. Kalau nak cerita semua, malas la.jadik cerita mana2 yang best je la ek. Hehehe.

1 Februari 2010, 2 ptg, kami unit Kajian Sosial 2 ditugaskan untuk mengangkut kayak2 ini dari maktab hingga ke Bkt Kluang. Kelas yang ada 17 orang perempuan, 3 orang laki jugak yang jadik mangsa. Kenapa klas yang ramai lelaki gagah perkasa tak disuruh?hhuhu.tapi apa2 pn, seronok dan enjoy jugak angkat kayak ramai2.hehehehe. :)

"besnyee aku diangkut bdk2 KS2!" ujar kayak2 ini.hahaha

Sampai je di Bukit Kluang, kitorang lepak lepak jap.Rileks2 sambil bermain buaian dan juga membeli keropok2 dan cendol.hehehe. ini ada beberapa aksi budak2 ni.

kami gila bergambar.
bangga gila leh angkat kayak2 ni. hnss hnss kembang idung.

haaa.nahh nahh.hamik kau jun!dah lame dah aku dendam. akhirnya boleh jugak blass.hahaha

Okaylah. Berbalik pada kisah BIG. BIG kami bermula pada Hari Isnin 2 Februari 2010 jam 2 petang. semua ada 4 unit untuk sesi pertama ni. Kajian Sosial 1, Kajian Sosial 2, Sains dan Pemulihan. Pada petang tu ada aktiviti dalam dewan yang tak berapa best sangat pun.Okaylah,aku nak cerita yang kisah2 menarik aje yep. yang bosan malas nak cerita.ehehe

Pada 3 Februari 2010 jam 8 pagi, kami 4 unit dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kajian Sosial 1 dan 2 satu kumpulan. Manakala Sains dan Pemulihan satu kumpulan. Hari pertama aktiviti ni, ada aktiviti darat dan aktiviti air. Kami kumpulan KS kena buat aktiviti air, Sains&Pemulihan kena buat aktiviti darat. aktiviti air, kami kena berkayak dari Bukit Kluang hingga ke Pulau Rhu yang mengambil masa lebih kurang 35 minit. Aktviti darat pulak, daki Bukit Kluang le.ape lagikk.hehehee. tapi bukan daki aje, ada lagikk.nati2 akan diceritakannnn..tungguuuuuuuuu...

Sebelum berkayak, kami diajar cara-cara asas berenang. Best betul berenang ramai2 kat pantai tu.hahaha.nasib baik pakai life jacket, yang tak reti berenang pun automatik jadik reti berenang. Lepas tu En Yaakob bagi taklimat tentang kayak, then kitorang pun berlepas pergi menuju Pulau Rhu. dalam perjalanan tu, ombak tak kuat pun.Biasa2 aje, tapi ada 2 buah kayak terbalik. Sian kawan aku tu, smpai nanges2 dia. Ape2 pn, alhamdulillah selamat semua.

encik sulizi berbangge dah smpai.tp kitorang smpai dulu dr enciikk.jgn jeles!

Kajian SOsial 2 :)

terjumpa gamat..eiii.geli2!!!

kamilah juara!

syokk oo mandi! (disinilah bermulanya episod wajah Burn tahap kritikal..)

di Pulau Rhu, kami kena masak nasi dan telur rebus. aku tgk ramai je yg masak, pastu ape lagik,aku pun gi la main ayaqq. bes gile main air!dah la jernih,cetek pulak tu!memang tak nyesal la! (tapi last2 kami semua menyesal juga.kerana kesannya, wajah kami terbakar tahap kritikal-doktor kata- .sehingga kini wajah kami semua sensitip kalau kena panas,so sekarang kami semua puteri lilin!ahakss)

ye puan2.kacau sehingga naik bauu

Selepas makan, kami menunaikan solat berjemaah di atas pasir pantai. First time kami semua merasa solat ditambah dengan deruan ombak dan bunyi kicauan burung. Sangat sayu rasa masa solat tu. hurm... selepas solat kami semua bertolak pulang kira2 2.40 petang gitu. Dalam perjalanan tu, Ya Allah ombak kuat gilerr!!sangat kuat. aku kayak dengan Rodiah pun,sampai nak nanges2 rasa.nak terbalik.pastu dia gi arah lain pulak tu, banyak kali pusing smula tapi last2 gitu gak..akhirnya, bot penyelamat dtg menyelamatkan kami. kayak kami ditarik dan kami tidak perlu lagi mengayuhkan kayak kami.best bestt.hehehehehe

sampai aja di pantai, semua bekerjasama untuk menyimpan semula semua kayak-kayak dan bot penyelamat ke tepi menara JPA. seronok betul angkat barang ni ramai2 kan. meriahh rase.hahaha :D



Keesokan harinya, kami kena naik bukit kluang pulak.aduihh2. first sekali dah kena merangkak2 kat pantai.kelaka gile kena buli!hahahaha.pastu muka kena conteng dengan suatu bahan kimia (terlalu bahaya untuk diterangkan di sini).akhirnya selepas habis big ni,bahan kimia ini menjadi isu kepada kulit kami yang sudahlah terbakar,pastu terbakar lagi teruk dek bahan ini.

jun, pa dan asraf. 3 org jejaka KS2

comell kan kami :)


Ini adalah first time aku naik Bkt Kluang. Curam gak Bkt Kluang ni.lenguh kaki den. ape2 pun, pemandangan dari atas memang cantik!!! kami semua ditugaskan membuat satu pantun berkaitan dengan apa yang kami lihat sepanjang perjalanan di atas Bkt Kluang, mencari 3 helai daun herba dan dikehendaki untuk terangkan kegunaannya, dan buat cheersong.

semua masam sebab pedih muka setelah kena bahan kimia.. tuuttt.. (RAhsia2,takot kena saman)

subhanallah.indah sungguh pemandangan!!

Lepas berehat kat atas tu, kami pun turun la. Turun dan dikehendaki masak nasi dan telur di kawasan lapang area2 dekat pertemuan sungai dan laut. Di situ kami dikehendaki mempersembahkan semua tugas2 yang telah diberi. Oh ya lupa nak bagitau, kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan, 3 kumpulan perempuan semua dan satu kumpulan laki semua. time paling best ialah waktu cheersong. cheersong kumpulan laki paling best.biasa la, permpuan kan pemaluu pemaluu.laki tak malu skitt.hahahaha

cheersong yang kelaka

Selepas itu, kami dikehendaki diberi tugasan yang agak mencabar. kami dikehendaki membawa seorang pesakit yang patah tengkuk, tangan dan kaki dalam keadaan yang paling selamat. Jadi masing2 kena wat cara sendiri utk bawa pesakit diorang. banyak gak halangan antaranya ialah kena lalu lumpur yang sangat...eiii.gelii.kotooorrrrr.tapi takpela,best la jugak.hahaha

cara kumpulan ini membawa pesakit mereka.

ini kumpulan lain pulak.macam bawa mayatt je.hahahha


Akhirnya, sampai jua..really enjoy walaupun susah membawa pesakit2 ni. haha. pengalaman yang tak dapat dilupakan :) Malan tu, ada persembahan kebudayaan. Pastu esok tu majlis penutup. Malas nak cerita, sebab dua ni je yang memori paling best kot.
Balik2 aje hostel petang khamis tu, kawan2 RBT terkejut tengok muka kitorang yang burn teruk!selepas tu ramai la pegi klinik untuk mdapatkan rawatan. bahaya2, nasib baik tak kena kanser kulit...huuhuhuh........

selepas BIG ni, aku rasa hubungan antara unit lain tu semakin rapaatttt gitu.hehehe. :)