Wednesday, November 4, 2009

Dugaan...~

Salam
Akhir2 Semester 3 PPISMP
aku dapat rasakan beberapa perkara tentang kelas aku
Pengajian Sosial 2
Sangat menguji kesabaran aku, menguji kesetiaan aku kpd kelas, menguji
menguji segalanya bagi aku.
Aku terpaksa berhadapan mereka2 yang tidak ada mood.bermasam muka.
Masalah tu.masalah ini.itu.ini.itu.ini.
Tapi yang aku pelik, kitorang ada masalah dlm klas, kitorang diamkan diri dan selesaikan
dalam klas aje.tapi disebabkan mulut2 orang yang mungkin agak cemburu melihat kami semua bekerjasama, maka timbullah cerita2 kurang enak tentang pelajar2 KS2.
Sangat besar dugaan ini. aku cuba hepikan diri aku,kawan2 lain, tapi mereka tak hepi
so, aku pn tak happy. Apa2 pun, aku harap kita semua kembali seperti dahulu.aku mahukan kita seceria dulu. mungkin ini semua ujian Allah, aku terima..aku terima ujianNya. bagi aku, pasti ada hikmah di sbalik ape yg berlaku pada kita. Dugaan yang menguji kita, supaya bertindak mengikut perasaan, atau mengikut akal dan hati. ...


Sunday, October 11, 2009

ooppss.dah bersawang nampaknye :D

Salam.
hehehe.maaf lame tak update.Wlan-student telah blockk blogger.com.
So memang tak boleh nak update.huhuhuhu..sdih kan.kan.kan.
Rabu 2mggu yang lepas, kelas kami telah pun buat jamuan kecil-kecilan
sempena hari lebaran ini. aini masak nasi himpit dan kuah kacang.fuhs.lazat dan enakk!!
yang lain bawa kueh raya.kueh raya aku paling tak laku :(
hakhak.


hari khamis, ada smbutan ari raya semaktab. kelas ni ramai betol la pakat wane ungu. suka sungguh dgn ungu. tak sangke dapat juga menemukan kembali seorang ayah @duda yang terpisah dengan 5 orang anak daranya. akhirnya ditemukan di hari raya ini. wajah gumbira terpancar di wajah daddy asraf terhadap anak2 kesayangannya.

Drama Nite akan diadakan pada 27 oktober.tp masih byk yg perlu disiapkan.huhuhu...

Sekian.itu sahaja.maaf kerana blog ini agak bersawang .huhu :(

Tuesday, September 22, 2009

selamat hari raya

kepada sesiapa yang membaca


SELAMAT HARI HARI AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN






tulus ikhlas daripada
-keluarga 3PPISMP kajian sosial 2 o9'-

Monday, August 24, 2009

Assignment Tensionn!!

Salam
WAAAAAAAAAAaaaaaaaaaAAAAAAAAAAAA!!
Sejak smpai rumah pagi jumaat ritu , tak jejak kaki keluar dari gate rumah aku pun lagik!!!
Sebab ape??Bakkpee???Awwaatt??
Sebab Assignment berlonggggoookkkkkkkkkkkkk!!!

T_T T_T T_T T_T

Saturday, August 22, 2009

LIST TO DO..

SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA...
:)

cuti bukan sekadar cuti..
cuti bersama-sama bekalan asement..
xbanyak.. T.T
ada tujuh 4 each subject xcept geo yang still dlm awangan....

1. Submition date 1 Sept 2009
- Bahasa Melayu Komunikasi (Pidato)

2. Submition date 3 Sept 2009
- Kawalan Emosi :) (KKE)
- Ekonomi (Perbankan Islam)
- Penghantar Pendidikan
- Basic Math (Statistic)

3. Submition date 8 Sept 2009
- Pengajian Melayu (Pengacaraan Majlis)

4. Submition date 10 Sept 2009
- ELP (Article)


semoga berbahagia dengan asement anda... :)


Friday, August 21, 2009

HAPPY BIRTHDAY , AUGUST GIRL :)

Sempena besday rakan2 Ogos, kami wat jamuan makan sate.hehe.
ada sate ayam, nasi himpit(nasi kapit), keropok2,dan juga kek
walaupun hanya kecil kecilan tapi aku rs seronok :)
yang diraikan, Aini, Ina, Izah, Haiza,Wani dan Mirah
tutor kami, Encik Khir juga hadir :)

haiza,izah,ina,aini,mirah, wani


sesi bergambar skema :D

girls :D


only guys..tapi gedik giler =.=

Thursday, August 13, 2009

Renovation.hehe

Salam
Maaf.Blog ni masih dalam pembikinan.pengupdatekan.
Jadik masih byk yang tidak sempurna lagik.masih cacat gitu.hehe
nantikan kemunculan yang betoi betoi kaww punya..wahaha

H1N1

Salam.
IPGM kita telah dilanda penyakit H1N1
dan diharap semua sama2 berdoa kepadaNya
Semoga kita semua dijauhkan perkara-perkara tak diingini
Mungkin juga ini bala dari Allah atas semua maksiat2 yang sering berlaku di
kawasan IPGM kita.hehehehehe

Friday, August 7, 2009

Besday Girl :)

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MY FRENSS :)

Rakinah


ATHIRAHNURDINA
NUR AZREENA

Korang kena sedar, korang dah tua dari aku ni.hehehehe. May All Ur Dream COmes True. Sorry kalau ada trase ke dgn aku .hehehe . :D

Sunday, July 19, 2009

Maaf

Salam
FUyoo.Lame tol tak update blog ni.sorry la weh.huhu.
Okiela. Tahniah kepada kawan2 KS2 kerana mendapat result yang
Alhamdulillah

Di samping itu, Sudah setahun kita menjadi keluarga.Aku harap, kelas kita sentiasa aman damai sukses selalu.

Internet tak dpt kat maktab.so susah nak update blog kelas ni.sorry smua.. :(

Eish.takde idea nak oyak gapo.busy ni.hehe.
ok wslm :)

Wednesday, May 20, 2009

EXAM.EXAM.

Salam

19 Mei - 26 Mei 2009

Kitorang menduduki exam final sem 2 PPISMP

Sekarang dah lepas 3 paper

Bahasa Melayu 1

Bahasa Inggeris 1

Pengajian Sosial 1

....................................

1 more paper left

Pengajian Sosial 2
Selasa , 26 Mei 2009

WISH ALL OF US
BEST OF LUCK 
(^_^)

Saturday, May 16, 2009

HAPPY BIRTHDAY !

Salam
Maaf la.agak busy kebelakangan ni
anyway,  nak wish birthday dekat mereka mereka ini


ASRAF
23 APRIL 1989


PA
10 MEI 1989


JUN
17 MEI 1990


CHE DA
27 MEI 1990


Semoga hidup anda sentiasa diberkati Allah
dan
semoga bakal menjadi guru yang berdedikasi dan berinovasi :)

Wednesday, April 15, 2009

Ready for Picnic

Salam
Heehee.Takde ape pun,Saje je wat gempak sket :)
Esok, ari Jumaat 17 April, kitorang satu kelas planning nak pegi Lata Belatan di Besut gak
Sebenarnye 2 mggu lepas, kelas KS 1 dah pegi dah sane
Kitorang tak terpikir pun nak buat sbb bz dgn assignment
Tapi, baru2 ni ade cadangan pulak utk ke sana
So kitorang planning la jumaat ni utk ke sana. Masing2 telah dibahagikan tugas utk menjayakan program ini.hehehe

DRIVER:Asraf, Maya, Haiza, Rumate Aini, dan mak Pa. haha
SANDWICH:Ina,
NASI GORENG: tempah
NUGET:che da, maya,
PUDING:wani, che da
AIR:juni
lain-lain (aku tak pasti ape lagik) : aini,athirah,amirah,jun,pa, farah,sariza, khaty, izah,rakinah, izati, angah,dina. semua orang la terlibat dan memberi kerjasama yang sebaiknya.

Ku berdoa supaya esok cuaca molek dan supaya perjalanan kami lancar dan diberkati Allah s.w.t. Amin Amin Amin. Sekian.wslm

Thursday, April 2, 2009

FLASHBACK SEMESTER 1


Salam

Oklah, sebagai permulaan, kitorang akan cerita pasal aktiviti2 last sem. 14 Julai 2008, merupakan tarikh paling penting bagi kami semua. Di mana, kami ditakdirkan sebagai satu keluarga selama 5 tahun. Orientasi bagi aku, tak berapa best. Tapi ada beberapa aktiviti dalam kumpulan yang aku masih ingat. Tapi takde la best mana. And paling aku tak dapat lupa tu, masa dekat pantai.aktiviti yang memang kelaka abes.aku ingat masa kena minum air laut tu, orang first minum ialah Asraf.tapi dia minum sampai licin abes!hahaa.tp disebabkan nak cover, kitorang pas2 gak ar cawan tu, berlakon kononnya minum gak. Lepastu masa time guling2 tu, ada la mamat klas aku gak ar, guling tak ingat dunia,dah ar laju,sampai masuk line orang lain.haha.time paling takleh lupa,gosok gigi pakai air laut. pastu kena baring kat pantai.siap budak kelas aku wat gaya kuak lentang kat atas pasir.hhaha.okla, nak cita aktiviti kami.


BBQ (ice breaking kot.hehe)

Untuk pertama kalinya, kami membuat bbq di tepi pantai. Bes jugak sebab dapat merapatkan hubungan kami semua. Gamba aku tak pasti letak kat mana ntah. tapi yang satu-satunya gambar yang aku rasa berharga sekali ialah gambar ini. kali pertama kitorang bergambar sekali dan tak kenal sangat satu sama lain.


MERDEKA KE-51 (Ogos)

Haaa..yang ini memang aku tak dapat lupakan. Memang sangat sangat sweet memory la bagi aku. Banyak kenangan bersama sahabat2 aku dalam tempoh 10 hari duk kat Putrajaya. Memang rugi sangat sape tak pegi. Memang best and enjoy gile arh.hehe. Aku dan kawan2 ambik mase gak nak lupakan Merdeka ni.dekat sebulan lebeh jugak la. tak semua dalam kelas kami yang pegi. Ada kot dalam 10 orang. Asraf, Pa,Izah, Izzati, Juni, Rakinah, Farah, Angah,Maya,Athirah. Rindu sangat memori beli nasik lemak same2, kena lari-lari cari bas kosong pade awal pagi, lari time hujan masa tgh praktis, kena jerit dengan Pak Ngah,Kak siti jerit,"KUninnggg!!!Merahh!!!!", kena marah dgn pakcik kotak(dia suka pakai kotak kat kepala dia.hahaha) and byk lagi la.


BUKA PUASA (September)

Untuk kali pertama, kami berbuka puasa beramai2. Kami dibahagikan tugas masing2, ada yang kena masak nasik, ada yang tugas kena beli lauk, ada yang kena kumpul beberapa pinggan, ada yang kena pergi minta kat pakcik cafe keizinan menggunakan cafe dan juga pinjam bekas bancuh air. Aku ditugaskan buat air dan minta kat pakcik tu bekas air dan keizinan untuk buka di cafe. Semuanya berjalan lancar dan makanan memang sedap! Tambah2 lagi air bandung tu sedapp sangat! :D


KEMBARA SOSIAL POS BROOKE (Oktober)

Program yang best dan aku pasti kami semua merasai pengalaman yang tak pernah kitorang lalui sebelum ini. Kami perlu membuat kajian di perkampungan orang Asli suku Temiar di Pos Brooke, Gua Musang. Unit yang terlibat ialah unit Pengajian Sosial 1 & Pengajian Sosial 2 SEM3 dan Pengajian Sosial 1&Pengajian Sosial 2 SEM1. Perjalanan agak jauh dan sampai Pos Brooke pada pukul 11 mlm. Pengalaman tak dapat dilupakan, dapat bermesra dengan kanak-kanak di sini. sembang dengan diorang memang best. yang ramah tu, memang ramah betul. kelaka pun ade. Budak-budak orang Asli ni bagi aku la,diorang ni bagus.Tak tau la nape, tapi aku rasa diorg ni..amatlah comel.hehe. Ini adelah beberapa gambo yang dapat aku kongsi bersama.

Melalui program ni, kami sebagai junior SEM1, dapat mengeratkan hubungan dengan senior KS Sem3 jugak. Diorang ni baik2 belaka, maybe ade gak 2 atau 3 orang kot yg tak ok. Tapi mostly memang sangat okeh. Hehe.

erm,itu je kot. Hehe. Tapi SEM 1 masih mengenali hati budi masing2. Semua masalah kami selesaikan dengan segera. Alhamdulillah masing-masing faham dan aku dapat lihat, untuk SEM2, mane yang before ni kurang okeh sket prangai, SEM2 dah mula menyedari dan cuba mengubah diri sendiri. Bagus dan tahniah. Dan semoga Happy Selalu! :D wslm

Tentang Kami

Salam
Hari ini, saya akan memperkenalkan ahli keluarga kelas Kajian Sosial 2 ini.hehe
dari kiri berdiri:khaty,ina,farah,izzati,sariza,asraf,dina,juni,haiza,maya,aini
dari kiri duduk:pa,thirah,che da,kinah,angah,mirah,izah,wani,jun
aktiviti pertama ketika baru aje jadik junior
Okla la, mula-mula kita dahulukan ketua unit dahulu yek.

JUN : Merupakan K.U kelas untuk Sem ini. Berasal dari Aloq Staq, Kedah. Kalau sekali pandang dan tak kenal dia, mesti tidak sangka bahawa dia merupakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang. Tak pernah berkira tapi suka ngata kat orang. Habis satu kelas dia kata. Memang Best la sapa yang kena ngata oleh mulut dia tu.ahahahah.

DINA : Merupakan penolong ketua unit (PKU) kitorang. Berasal dari Kuala Berang, Terengganu.Orangnya lembut dan sopan santun. Tak pernah lagik tgk die marah setakat ni. Hehehe. Baik orangnye dan kelakar juga.

KHATY : Berasal dari Aloq Staq, Kedah. Orangnya agak pendiam kalau kita tak kenal. tapi kalau dah kenal, ramah orangnya.

INA : Berasal dari Aloq Staq gak. Tegas dan garang orangnye. Hehehe. Tapi seorang yang bertanggungjawab dan matang.

FARAH : Berasal dari Kuala Terengganu. Agak pendiam juga orangnya.

IZZATI : Satu-satunya warga Klate di kelas kami..hehe .berasal dari Ketereh, Klate. Orangnya nampak pendiam, tapi sebenarnya bising jugak dan kelakar. Suka tengok dia gelak. haha

SARIZA : Berasal dari Baling, Kedah. Seorang yang bising di dalam kelas. Huahua. Selalu dibuli Asraf dan Jun. dan suka bergambar.eheh

ASRAF : Sekali pandang mcm pelajar KPLI.Haha.Berasal dari Bukit Mertajam,P.Pinang tapi menetap di Cameron Highlands. Tua setahun dari kebanyakan kami. Seorang yang bertanggungjawab dan berdedikasi..(cccceeeehhh). Aku anggap dia macam abang sulung kepada kami semua.

JUNI : Berasal dari Kuantan,Pahang tapi dibesarkan di Terengganu. Seorang yang happening dan kelakar giler. Dalam kelas duduk tepi aku dan kalau sehari tak gelak,memang tak sah la.

HAIZA : Berasal dari Besut aje. Sekali nampak, macam pendiam dan ayu orangnya. Tapi di sebalik itu, dia merupakan seorang yang slumber tahap maksimum dan klakar. rasanya, tiap 2 mggu, mesti balik rumah kot.hahahaa

MAYA : Berasal dari Kulim, Kedah-ehem.sape ek bdk ni?hehe-. Budak ni suka tido dalam kelas. Tak kira lecturer garang atau yang sporting, semua subjek adalah waktu untuk tido. Pendiam ke?tak pun. dalam kelas terhegeh gak.

AINI : berasal dari Sungai Petani, Kedah. Seorang yang baik dan penyayang. Knape aku rs die pnyayang? sebab dia suka kucing, and selalu melindungi kucing2 yang terabai. hehe. nampak serius,tp sporting jek

PA : berasal dari Besut jugak. Ramai lect panggei dia ustaz.

THIRAH : Berasal dari Pendang,Kedah. Tp duk kat KT sebab ayah die lect kat sana. Kek dia masak, amat sedap sekali!

CHE DA : Berasal dari Yan, Kedah. Kecik aje orangnye, tapi lantang berbicara.Ala2 peguam.hehehe..JPP kelas kami.wahwahwah.

KINAH : Berasal dari Kuala Berang,Terengganu. Nampak mcm pendiam giler tapi tahap gila2 dia tak dpt dijangkakan. Duduk satu meja dengan aku. Kelaka giler dan selalu menjadi mangsa buli aku.hahahah

ANGAH : Berasal dari Manir, KT. Seorang yang kecil molek orang ye. tapi gaya matured.hehe. kelakar dalam keadaan selamba.hahaha.

AMIRAH : Berasal dari Pendang Kedah. Seorang yang berwawasan tinggi orangnye. Kenapa aku rase gitu?ntahla.sebab nampak macam bakal guru berwawasan satu hari nanti.hehe. seorang yang mengambil berat tentang rakannya.hehe

IZAH : Berasal dari Batu Rakit,KT. Seorang yang memahami dan yang kelakar orangnye.hehe

WANI : Berasal dari Besut. Comel dan kelakar orangnye. hehe. juga seorang bakal guru yang penyayang bak kata seorang lect.

RUMUSAN

hehe.dapatlah dirumuskan di sini bahawa, classmates aku ni ceria-ceria belaka. perangai kwn2 macam kanak2 dan happy go lucky.aku memang sayang diorang ni, walaupun maybe ade yang tak ngam sgt kan dgn aku.tapi aku tetap sayang diorang. Pernah ke kitorang bertelingkah sesama sendiri?Yep.Pernah.Yang paling aku ingat, masa SEM lepas.Tragedi dasat. hehe. Tapi sekejap aje, masing2 minta maaf sesama sendiri dan sekarang ni, semua hidup dalam harmoni . Kalau ada gaduh pun, tak lama. sehari kot paling lama tapi lepas tu cam tak ade ape2 berlaku.ewah~Semoga kita sama-sama mengharungi hidup sebagai keluarga selama 5 tahun bersama. Good Luck EveryOne!

Tuesday, March 17, 2009

InTRO

Salam
Hari ini, saya akan cerita sikit ek pasal kelas kami.
Kajian Sosial 2, nama diberi.ceeeeeeeeeeeewah

Dalam kelas ni, ada 20 ahli dalam family, 17 orang gadis dan 3 orang jejaka.

Majoriti berasal dari Terengganu dan Kedah.
Kitorang masih lagi dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) setahun setengah. Sekarang baru Semester 2.

Unit Kajian Sosial (KS) adalah dibawah Jabatan Kajian Sosial di Institut Perguruan Sultan Mizan(IPSMB) Besut Terengganu

Berapa banyak kelas Kajian Sosial yang ade kat sini?

hmm.. PISMK-OUM = 1 kelas , PISMP KS SEM5= 1 kelas, PISMP KS SEM3=2 kelas, PISMP KS SEM1 =2 kelas dan PPISM KS SEM2= 2 kelas.
Adik beradik kitorang adalah kelas Kajian Sosial 1. haa.. kalau apa2, memang bergabung dengan diorang ni. Kira cam adik beradik ar. ceewah

kajian sosial 1

Alhamdulillah senior senior kami baik baik belaka. Daripada semua senior, senior PISMP Sem1 yang byk handle dan rapat dgn kitorang . Lagipun umur tak beza sgt kan, 1 tahun aje. Heheh. Diorang semua baik2. Bak kate orang, tak ade rasa tersisih ar sebagai junior. cceewah.










Nanti saya akan ceritakan tentang rakan-rakan dalam kelas saya . Sekarang bz skit. Hehe.

WASSALAM

Salam

Salam.
SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI
Tinggalkan komen jika ada ketidakpuasan hati
InsyaAllah boleh dibawa berbincang. ehehe



Saya terdetik untuk buat blog kelas saya ni
Sebab kecintaan saya pade kelas yang tidak berbelah bahagi.Hakhak
InsyaAllah saya akan post aktiviti kami
dan mungkin juga apa2 pasal kajian sosial ni, kepada mereka2 yang tidak
begitu tahu tentang apa yang kami ceburi sebenarnya..ceewah.ayat bajet
Oh ya, jika ada apa2 aduan , sila rujuk pada saya,
Mungkin ada kritikan membina ke, ape ke.
Orait aje. hehe..

okes semua, sekian wassalam.