Sunday, July 14, 2013

selamat berinternship! dan slmt berpuasaaaa


assalamu'alaikum wbt

slmt berinternship semua. dan yg utama...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
SEMOGA RAMADHAN TAHUN NI LEBIH BERMAKNA BUAT KITA SEMUA
RAMADHAN TERAKHIRR ORKK.TERAKHIR DI IPGKSM. T.T

kononnya nak buh gambaq p langkawi.tapi tak buh lagi.nati la tunggu posting, guwe upload gambo2 Langkawi,...muahahha...

haritu tengok gambo zaman dolu2. kat laptop kawan kita. aduii kelako la kita sorang2. nanti ada masa aku upload lah kat group kelas kita deh. skrg sibukk tak dannn,

tata suma.gudluckkk nohhhhhhhhhhhhhhhhhh :D

wslm

Monday, May 27, 2013

Semester Terakhir, kami dan 7 orang eskimo.

Tajuk tiada kena mengena dengan entri.


Semester 8.
Semester akhir.
Pendek je.
Tolak cuti raya, cuti sem, intern, seminar kajian tindakan, weekend.
Semester akhir.
Semester ke-11.


Ready?


P/s: Tonton gambar-gambar di bawah, picit perut seraya berkata "Aku pernah kurus...Ya..Aku pernah kurus..."





Monday, April 1, 2013

Class Trip To Langkawi....awesomeee~!

Assalamualaikum,

First time saya, Nurul Athirah post dlm blog ni. hehe. Alhamdulillah selesai sudah trip kita ke langkawi selama 4 hari 3 malam yang lalu. Walaupun tidak semua yang dirancang berlaku seperti yang diharapkan namun yang penting memori kita sepanjang percutian tu dapat cerita kat anak-anak dan cucu cicit nanti. Cewahh~

Credit utk Aini (*gambar) dan photographer nye.

Diharapkan semua kawan-kawan semua rasa seronok dan hadiah yang kita tukar-tukar pada malam terakhir tu bermakna bagi penerima masing-masing. Sepanjang trip tu, saya rasa paling best adalah masa malam BBQ, under water world dan cable car (6D movie). Lepas keluar dari 6D movie tu, muka sorang-sorang tak boleh blah, haha (*ting tong*). Masa pergi island hopping terkilan gak tak bule mandi lagipun waktu tu sangat panas kan? haha just pendapat sendiri. 

Credit utk Aini (*gambar) dan photographer nye.


Anyway thanks pada yang dah bertungkus lumus menjayakan trip ni. Saya mewakili rakan-rakan lain untuk ucap terima kasih melalui blog ni. Trip ni sgt terbaik sebab bukan senang untuk buat group trip ramai-ramai.Rasa sedih pulak bila trip tu dah habis tapi kita masih ada lagi masa untuk bersama. Syukur dah hampir 5 tahun kita bersama dan semoga hubungan kita berterusan kerana Allah. Amin~

p/s: Sesiapa nak buat post pasal trip kita dgn lebih detail amat dialu-alukan.

Luv u all~ 

Monday, March 25, 2013

Teaser Langkawi...muehehe



alhamdulillah, baru je lepas gi Trip Langkawi 22-25 Mac haritu.

Nanti kami upload gambo2 yg ade. ni teaser dulu. cewah.bajet mcm gambo pengantin gitu.haha.
ni gambo ori ye tak amik dari internett.

SELAMAT MEMBUAT A.R YE SEMUAAAAAAA..ehehe

Thursday, January 17, 2013

Selamat Pengantin Baru Angohh:)

Assalamu'alaikum wbt
Tahun ni ada sorang sahabat kita bergelar, Puan..Puan Seri. :D
Tahniah kami ucapkan buat angoh,suami dan keluarga.
Majlis berlangsung Nov thn lepas ni Manir,KT.


Angah paling kecik dalam kelas,tp angah kahwin dulu dalam kelas.
kiuttkan! 
kami mendoakan semoga angoh memperoleh hidup yang sakinah,mawaddah, wa rahmah.amin.
We Ollsss happy 4 U! for everything you have going through before this.
 now, u are married and having wonderful new family. (eceh nak speaking ajo.perasan lebih)
Pak pak pak kepung kepung. 
Kami pergi kenduri angah konvoi 2 kereta dari besut. then kat KT tierah join sekali.
mula2 sesat,tp alhamdulillah jumpa jugak :D

masa mula2 naik atas blik pengantin, nampak angoh, sep sep ni menjerit keseronokan.
sebab tak caya angoh doh kawin,pakai pulak baju pengantin. 
bising kemain kat atas tu, biasalah kita mmg seronok sakan bila tengok kawan2 kita bahagia
gegeh gitu la sep kito.apa2 pun,sep kito jange pecoh (bak kata Mek Ti)

balik tu, kami semua singgah rumah En Sheffudin. makan2 dan sembang2. kami lebih mengenali  khidupan peribadi encik Sheffudin,mksud sy, km jmpa isteri dan anak2 nya sekali. walaupun kelas kami takla rpt sgt dgn en,tp km suma mhormati encik sebab encik tak merendah rendahkan orang lain dan berhemah apabila menegur.(*tibe2)

kami pulang ke besut,sampai dekat 7.30 malam rasanya. yang sodihh la sangat, gambar dalam I-pad Pa, hilang semuanya,... T.T hancussnya hati.tapi takpala nak buat cemano kan.km smua akur dan redhaaa....

sekian laporan tidak formal dari saya

akhir kata, SELAMAT PENGANTIN BARU ANGOH! :D

Gambar Penuh Makna

Assalamu'alaikum wbt

Bila tengok gambar ni,nampak cam biasa ja kan.tapi sebenarnya banyak mende tersirat dalam gambar ni.
Sebelum, semasa gambar ni diambil dan selepas gambar diambil. Seterusnya, beberapa bulan selepas gambar ini diambil pun ada kisahnya lagi.wahahaha.gelak sorang sorang bila tengok gambar ni.



*kemain lagi happy mandi kat pantai ni.seronok sebab cetek dan air bersih.
namun sayang,mereka tak fikir kesan2 seterusnya.hahaa

Kisahnya bermula bila kami 1st time kayak. banyak insiden time kayak bersama rakan2.ada yang muntah,ada yang terbalik. ada yang nak nangis.macam2 la.okay tp ni bukan lah kelakar,ni just antara insiden2 yang berlaku.

tapi bagi guwe,yg agak kelakoo tu masa kita ramai ramai mandi kat pantai pulau Rhu tu. memang time tu 11.30 pagi rasanya, nak dekat tengah hari. tapi memang taktau la awat,time tu tak pikiaq pn panas ka apa. dengan sesuka hati. mandi ramai-ramai bersuka ria bersama kawan-kawan. yg guwe ingat, guwe siap lagi ala2 berenang butterfly dan merendamkan muka dalam air laut. 
12 tengah hari,panas terik,air laut masin,boleh lagi ramai2 berendam nak dekat sejam lebih kat situ.hahaha

Cerita lepas balik dari kayak,di tapak perkhemahan BIG
mulalah muka masing2 merah banget,mcm baru lepas kena bakar. masa tu tak la rasa teruk sangat muka, tengok kat cermin, merah2 ja dan bengkak sikit.ok la tu,perasan jap dpt tanned skin lepas berjemur.ahah. sehari lepas tu mmg muka panass ja pedih sangat. then ada aktiviti darat, kami semua kena calit KIWI kasut kat muka. so mmg pedih ya AMAT hny Allah mengetahui . mmg sakit,tp skrg pikir semula,tu la memori yg agak menarik utk dikenang semula.

Cerita dah abis BIG.balik hostel dan ke kuliah
Ni yang paling sedih+kelako+kecewa. balik je hostel,terkejut kawan2 RBT tengok muka kami semua. mereka kelihatan amat takut melihat wajah-wajah seperti mangsa kebakaran yg kami peroleh hasil dr BIG. 
start haritu,tiap detik akan belek2 muka pada cermin muka. mcam2 letak,yg kelako tu ramai la kawan2 kita buh ubat gamat lumur pada muka. busuk habis setiap orang. Isu muka terbakar budak2 pmpuan KS1 dan KS2 agak femes dan heboh diperkatakan.(bajet femes kejap). Senior2 terkejut dan kasihan tgk kami.tak pernah lagi diorang tgk orang burn sampaikan kulit-kulit terkeluar mcm ni.mcm ular salin kulit. 
ada gi klinik, doktor ingat mangsa dera
yg klako tu, sempat lagi kami 4 org(nama dirahsiakan), pergi Pasar Khatijah 2 hari lepas BIG
makcik2 di pasar semua tengok pelik dan tegur, "Ehhh,kenapa muka macam ni?adik-adik ni eksiden ke??"
dah la jalan 4 orang sekali,muka sepesen kulit terkeluar. 

pergi kuliah,gi tapak perhimpunan,pakat jalan tutup muka dengan kertas.tunduk. tapi semua tengok,kami rasa macam selebriti jalan ramai2 dan orang semua nak tengok.

yg paling sodihnya, masa kenduri kakak saya,saya berwajah begini dan bibir luka teruk disebabkan sunburn itu.tsktsktsk.

Kesimpulannya, walaupun kisah muka terbakar,semua kulit bersalin dan sebagainya, namun memori-memori ni sebenarnya meninggalkan kenangan bagi kami semua. untuk diceritakan pada cucu cicit.wahaha

saya pasti memori KIWI dan Kulit Bersalin takkan dilupakan oleh warga-warga Kajian Sosial 2. :)



Kami Udah Final Year

Assalamu'alaikum wbt.
Hari ini hari Jumaat,sepatutnya diperuntukkan masa ini utk buat kijo.tapi disebabkan otak saya agak jam sekarang,so tiba2 rasa nak meluangkan masa melihat gambo2 zmn dulu. 
Gambo2 ni I copy dari Aini dan Mekti punya FB.err,maaf noh tak habaq.mohon jgn disaman.
saja nak letak sini, tak caya dah final year. saya harap nanti kita dah keja ka apa,boleh la tgk balik blog ni mengimbau memori zaman kita muda2 dulu. hehehehe.

Nanti kita p langkawi, semua bawa kamera. tangkap gmbaq banyak2. :D

ni ms 2011

style kepala senget. pencetus utama adalah semasa nak tgkap gambo kat tepi pantai, meja tu tak seimbang senget,so kami perlu senget kepala utk menyeimbangkan gambar tersebut

 ni 2011 gak. p Parlimen
ni tugu negara ponya tempat.


zmn kegemilangan cik Fauzi. 

ni 2012 rasanya

senget lagi.hehehe

time ni semua buat muka sedih la*konon kononnya* sebab bas rosak.kikiki

2012.gi BTP



koir yang. ehem.sedap sangat. *sedapkan hati*

ok ni gambo yg menonjolkan hny 3 org jejaka kelas kami.

amboi kemain semangat kerjasama


lepas gi rumah Pa



okay itu sahaja. saja cuci mata time bosan2 gini.hehehe

Selamat berpraktikum Ahad ni (20Januari2012)
dan Selamat Ber"Action Research"!!

All Da Besttt!
May Allah ease everything.aminnnn

From me with love..(cecehh)


Sunday, July 1, 2012

Blog Encik Hakim

assalamu'alaikum wbt

ni blog encik hakim.moga kita terus cemerlang gemilang terbilang.belajar utk mdpat keredhaan Allah..in shaa Allah.aminnn :)

Sunday, March 18, 2012

Praktikum Fasa 1

Hari ini, sudah bermula prktikum fasa 1, 2012 :D

semoga urusan praktikum kita dipermudahkan Allah,

ahli keluarga ks 2,smga kita berjaya menempuh prktikum slama sbulan ini
dgn sabar dan penuh bersemangat. insyaallah ;D

GOOD LUCK KAWAN2!

Tuesday, February 21, 2012

REBRANDING!

Assalamu'alaikum w.b.t

Sonyap ja blog kita.moh la kita hidup kan nya kembali

sementara tinggal lagi setahun kat maktab ni..setahun setengah lagi...

moh memeriahkan dengan post2 yg bermanfaat, atau cerita la apa2 pasal klaih kita.
memori ka apa ka. nk share ilmu bermanfaat lagilah digalakkan! 

jgn biarkan ia lesu begitu sahaja.setelah kita bangunkan blog ini dari sem1 PPISMP lagik.
 iskiskisiksiskis..*srott...sreett...

tolong bagi emel anda pada saya,nak invite jadi author supaya boleh menulis di sini.

JOM AKTIFKAN DIRIMU! :D

*baru aku perasan blog ni layout dia huduh giles.tapi background dia ja comey.hehe.

sekian.wassalam

Tuesday, November 1, 2011

பெபெரிக்சான்.

Buat yang terbaik untuk exam, InsyaAllah...
Moga semua berjaya menjawab dengan hati yang tenang~~
Markah tinggi mana pun kalau berkat ilmu tu takde, susah jugak kan...
So, sama2 la kita buat yang terbaik...
Pastu sem depan praktikum dah!























p/s: gambar2 zaman innocent dan suci murni dulu + gambar yg ada kita semua 22 orang...lagi 2 tahun kita piknik skali lagi kt bukit kluang ye! :p

Tuesday, June 14, 2011

Rindu

Salam
Tadak pa pn.
saja nak habaq
rindu kat ampa suma. :D
sengeh sorang2 tgk gambo kita waktu muda2 dulu :D

Friday, April 8, 2011

Lawatan ke Parlimen

Assalamu'alaikum
Alhamdulillah semua selamat sampai di Besut pagi tadi
Ini adalah gambo kami di Parlimen.hehe
dua orang ahli kelas kami tiada dalam gambar kerana lawatan ini berkaitan subjek major kami iaitu
Sains Politik

Sejak BIG haritu, suka buat kepala senget,entahla kenapa
asalnya Asraf suruh senget kepala sebab waktu haritu kamera beliau berada di posisi senget
idea itu digunakan sehingga ke saat ini.eheh

lawatan ni best jgak, sebab dapat tengok sendiri macam mana Dewan rakyat bersidang
tak boleh bawa masuk kamera waktu tu, so just simpan dalam memori dalam hati dan otak sahaja
iskisk
tapi mmg seronok la sebab pengalaman yang tak dapat dilupakan
kita dapat tau camna suasana sebenar dalam tu. 
camna wakil rakyat bahaskan usul

tak pi mana sangat pun, gi tugu negara, parlimen, jln tar,midvalley
tak beli ape pn midvalley, saja jalan2. jimat duit kann.hakhaks

 esoknya p memorial tun abdul razak
dan memorial tunku abdul rahman

memorial tunku abdul rahman paling best sebab dapat tengok rumah dia yang real punya
cantiikk.nanti saya upload.maleh ni.keje banyok.hehhe

wslm

oklah,jumpa lagik!

wassalam

Tuesday, March 1, 2011

Penambahan Ahli

Salam semua~~~

Kita belum update lagi kan pasal penambahan ahli kita? Dah Mac ni~~hee~~

Ok...emm...kelas kami baru menerima 2 orang ahli baharu, depa ni extend kursus depa atas sebab hal-hal yang tertentu. Tapi depa ni major bukannya Kajian Sosial, tetapi pra-sekolah. Tapi minor nya sama dengan kami.

Mereka ni daripada IPG KDA...seorang orang Perlis dan seorang K. Terengganu...

Apa-apa hal pun nak ucapkan selamat menjadi warga kelas kami dan supaya anda bersabar dengan karenah kami~~ngeee~~~

Sunday, January 9, 2011

Selamat Datang ke Semester 3 PISMP :)

Salam
Alhamdulillah akhirnya kita telah pun sampai ke peringkat semester 3 PISMP
tak sangka lama dah kita bersama di IPG ni 

Semester ni Ketua Unit kami ialah Juni Zuhairah dan PKU kami pulak Farah Najia

Dan kami dikejutkan lagi dengan berita yang amat menggemparkan seluruh kelas
Tapi taklah gempar sangat, tapi ok la,terkejut la jugak

Kami major Kajian Sosial dan minor kami PJ
Dan kami baru sahaja diberi minor satu lagi pada semester ini
Kelas kami dah ditetapkan minor satu lagi, iaitu Muzik

"Apa??!? Ahli MuJik??Pantang nenek moyang aku kahwin dengan ahli mujikk!!! "
Bak kata makcik dalam kisah Ibu Mertuaku

Tapi takpa, kita belajar muzik untuk belajar, bukan untuk praktis dan train budak jadik artis kan

Apa-apa pun , semester ini diharap semua dapat memperbaiki diri masing masing
Yang penting, menjadi lebih baik dari semester lepas :)


GAnbattteee neh!

Thursday, December 23, 2010

Memori Semester 2 PISMP

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.
Hari ni terasa nak upload gamba kita semester ni
ni beberapa gambo yg telah dipilih. oh ya 
gamba masa jamuan raya tadak dalam simpanan laptop ni
kalu sesapa rajin upload nah :)

These are our memories in PISMP SEM 2 KS2 Jan 2010


















Semangat gile waktu Pameran LB ni! hehe



wslm

dari hati,