Thursday, January 17, 2013

Gambar Penuh Makna

Assalamu'alaikum wbt

Bila tengok gambar ni,nampak cam biasa ja kan.tapi sebenarnya banyak mende tersirat dalam gambar ni.
Sebelum, semasa gambar ni diambil dan selepas gambar diambil. Seterusnya, beberapa bulan selepas gambar ini diambil pun ada kisahnya lagi.wahahaha.gelak sorang sorang bila tengok gambar ni.



*kemain lagi happy mandi kat pantai ni.seronok sebab cetek dan air bersih.
namun sayang,mereka tak fikir kesan2 seterusnya.hahaa

Kisahnya bermula bila kami 1st time kayak. banyak insiden time kayak bersama rakan2.ada yang muntah,ada yang terbalik. ada yang nak nangis.macam2 la.okay tp ni bukan lah kelakar,ni just antara insiden2 yang berlaku.

tapi bagi guwe,yg agak kelakoo tu masa kita ramai ramai mandi kat pantai pulau Rhu tu. memang time tu 11.30 pagi rasanya, nak dekat tengah hari. tapi memang taktau la awat,time tu tak pikiaq pn panas ka apa. dengan sesuka hati. mandi ramai-ramai bersuka ria bersama kawan-kawan. yg guwe ingat, guwe siap lagi ala2 berenang butterfly dan merendamkan muka dalam air laut. 
12 tengah hari,panas terik,air laut masin,boleh lagi ramai2 berendam nak dekat sejam lebih kat situ.hahaha

Cerita lepas balik dari kayak,di tapak perkhemahan BIG
mulalah muka masing2 merah banget,mcm baru lepas kena bakar. masa tu tak la rasa teruk sangat muka, tengok kat cermin, merah2 ja dan bengkak sikit.ok la tu,perasan jap dpt tanned skin lepas berjemur.ahah. sehari lepas tu mmg muka panass ja pedih sangat. then ada aktiviti darat, kami semua kena calit KIWI kasut kat muka. so mmg pedih ya AMAT hny Allah mengetahui . mmg sakit,tp skrg pikir semula,tu la memori yg agak menarik utk dikenang semula.

Cerita dah abis BIG.balik hostel dan ke kuliah
Ni yang paling sedih+kelako+kecewa. balik je hostel,terkejut kawan2 RBT tengok muka kami semua. mereka kelihatan amat takut melihat wajah-wajah seperti mangsa kebakaran yg kami peroleh hasil dr BIG. 
start haritu,tiap detik akan belek2 muka pada cermin muka. mcam2 letak,yg kelako tu ramai la kawan2 kita buh ubat gamat lumur pada muka. busuk habis setiap orang. Isu muka terbakar budak2 pmpuan KS1 dan KS2 agak femes dan heboh diperkatakan.(bajet femes kejap). Senior2 terkejut dan kasihan tgk kami.tak pernah lagi diorang tgk orang burn sampaikan kulit-kulit terkeluar mcm ni.mcm ular salin kulit. 
ada gi klinik, doktor ingat mangsa dera
yg klako tu, sempat lagi kami 4 org(nama dirahsiakan), pergi Pasar Khatijah 2 hari lepas BIG
makcik2 di pasar semua tengok pelik dan tegur, "Ehhh,kenapa muka macam ni?adik-adik ni eksiden ke??"
dah la jalan 4 orang sekali,muka sepesen kulit terkeluar. 

pergi kuliah,gi tapak perhimpunan,pakat jalan tutup muka dengan kertas.tunduk. tapi semua tengok,kami rasa macam selebriti jalan ramai2 dan orang semua nak tengok.

yg paling sodihnya, masa kenduri kakak saya,saya berwajah begini dan bibir luka teruk disebabkan sunburn itu.tsktsktsk.

Kesimpulannya, walaupun kisah muka terbakar,semua kulit bersalin dan sebagainya, namun memori-memori ni sebenarnya meninggalkan kenangan bagi kami semua. untuk diceritakan pada cucu cicit.wahaha

saya pasti memori KIWI dan Kulit Bersalin takkan dilupakan oleh warga-warga Kajian Sosial 2. :)



Kami Udah Final Year

Assalamu'alaikum wbt.
Hari ini hari Jumaat,sepatutnya diperuntukkan masa ini utk buat kijo.tapi disebabkan otak saya agak jam sekarang,so tiba2 rasa nak meluangkan masa melihat gambo2 zmn dulu. 
Gambo2 ni I copy dari Aini dan Mekti punya FB.err,maaf noh tak habaq.mohon jgn disaman.
saja nak letak sini, tak caya dah final year. saya harap nanti kita dah keja ka apa,boleh la tgk balik blog ni mengimbau memori zaman kita muda2 dulu. hehehehe.

Nanti kita p langkawi, semua bawa kamera. tangkap gmbaq banyak2. :D

ni ms 2011

style kepala senget. pencetus utama adalah semasa nak tgkap gambo kat tepi pantai, meja tu tak seimbang senget,so kami perlu senget kepala utk menyeimbangkan gambar tersebut

 ni 2011 gak. p Parlimen
ni tugu negara ponya tempat.


zmn kegemilangan cik Fauzi. 

ni 2012 rasanya

senget lagi.hehehe

time ni semua buat muka sedih la*konon kononnya* sebab bas rosak.kikiki

2012.gi BTP



koir yang. ehem.sedap sangat. *sedapkan hati*

ok ni gambo yg menonjolkan hny 3 org jejaka kelas kami.

amboi kemain semangat kerjasama


lepas gi rumah Pa



okay itu sahaja. saja cuci mata time bosan2 gini.hehehe

Selamat berpraktikum Ahad ni (20Januari2012)
dan Selamat Ber"Action Research"!!

All Da Besttt!
May Allah ease everything.aminnnn

From me with love..(cecehh)


Sunday, July 1, 2012

Blog Encik Hakim

assalamu'alaikum wbt

ni blog encik hakim.moga kita terus cemerlang gemilang terbilang.belajar utk mdpat keredhaan Allah..in shaa Allah.aminnn :)

Sunday, March 18, 2012

Praktikum Fasa 1

Hari ini, sudah bermula prktikum fasa 1, 2012 :D

semoga urusan praktikum kita dipermudahkan Allah,

ahli keluarga ks 2,smga kita berjaya menempuh prktikum slama sbulan ini
dgn sabar dan penuh bersemangat. insyaallah ;D

GOOD LUCK KAWAN2!

Tuesday, February 21, 2012

REBRANDING!

Assalamu'alaikum w.b.t

Sonyap ja blog kita.moh la kita hidup kan nya kembali

sementara tinggal lagi setahun kat maktab ni..setahun setengah lagi...

moh memeriahkan dengan post2 yg bermanfaat, atau cerita la apa2 pasal klaih kita.
memori ka apa ka. nk share ilmu bermanfaat lagilah digalakkan! 

jgn biarkan ia lesu begitu sahaja.setelah kita bangunkan blog ini dari sem1 PPISMP lagik.
 iskiskisiksiskis..*srott...sreett...

tolong bagi emel anda pada saya,nak invite jadi author supaya boleh menulis di sini.

JOM AKTIFKAN DIRIMU! :D

*baru aku perasan blog ni layout dia huduh giles.tapi background dia ja comey.hehe.

sekian.wassalam