Thursday, April 2, 2009

Tentang Kami

Salam
Hari ini, saya akan memperkenalkan ahli keluarga kelas Kajian Sosial 2 ini.hehe
dari kiri berdiri:khaty,ina,farah,izzati,sariza,asraf,dina,juni,haiza,maya,aini
dari kiri duduk:pa,thirah,che da,kinah,angah,mirah,izah,wani,jun
aktiviti pertama ketika baru aje jadik junior
Okla la, mula-mula kita dahulukan ketua unit dahulu yek.

JUN : Merupakan K.U kelas untuk Sem ini. Berasal dari Aloq Staq, Kedah. Kalau sekali pandang dan tak kenal dia, mesti tidak sangka bahawa dia merupakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang. Tak pernah berkira tapi suka ngata kat orang. Habis satu kelas dia kata. Memang Best la sapa yang kena ngata oleh mulut dia tu.ahahahah.

DINA : Merupakan penolong ketua unit (PKU) kitorang. Berasal dari Kuala Berang, Terengganu.Orangnya lembut dan sopan santun. Tak pernah lagik tgk die marah setakat ni. Hehehe. Baik orangnye dan kelakar juga.

KHATY : Berasal dari Aloq Staq, Kedah. Orangnya agak pendiam kalau kita tak kenal. tapi kalau dah kenal, ramah orangnya.

INA : Berasal dari Aloq Staq gak. Tegas dan garang orangnye. Hehehe. Tapi seorang yang bertanggungjawab dan matang.

FARAH : Berasal dari Kuala Terengganu. Agak pendiam juga orangnya.

IZZATI : Satu-satunya warga Klate di kelas kami..hehe .berasal dari Ketereh, Klate. Orangnya nampak pendiam, tapi sebenarnya bising jugak dan kelakar. Suka tengok dia gelak. haha

SARIZA : Berasal dari Baling, Kedah. Seorang yang bising di dalam kelas. Huahua. Selalu dibuli Asraf dan Jun. dan suka bergambar.eheh

ASRAF : Sekali pandang mcm pelajar KPLI.Haha.Berasal dari Bukit Mertajam,P.Pinang tapi menetap di Cameron Highlands. Tua setahun dari kebanyakan kami. Seorang yang bertanggungjawab dan berdedikasi..(cccceeeehhh). Aku anggap dia macam abang sulung kepada kami semua.

JUNI : Berasal dari Kuantan,Pahang tapi dibesarkan di Terengganu. Seorang yang happening dan kelakar giler. Dalam kelas duduk tepi aku dan kalau sehari tak gelak,memang tak sah la.

HAIZA : Berasal dari Besut aje. Sekali nampak, macam pendiam dan ayu orangnya. Tapi di sebalik itu, dia merupakan seorang yang slumber tahap maksimum dan klakar. rasanya, tiap 2 mggu, mesti balik rumah kot.hahahaa

MAYA : Berasal dari Kulim, Kedah-ehem.sape ek bdk ni?hehe-. Budak ni suka tido dalam kelas. Tak kira lecturer garang atau yang sporting, semua subjek adalah waktu untuk tido. Pendiam ke?tak pun. dalam kelas terhegeh gak.

AINI : berasal dari Sungai Petani, Kedah. Seorang yang baik dan penyayang. Knape aku rs die pnyayang? sebab dia suka kucing, and selalu melindungi kucing2 yang terabai. hehe. nampak serius,tp sporting jek

PA : berasal dari Besut jugak. Ramai lect panggei dia ustaz.

THIRAH : Berasal dari Pendang,Kedah. Tp duk kat KT sebab ayah die lect kat sana. Kek dia masak, amat sedap sekali!

CHE DA : Berasal dari Yan, Kedah. Kecik aje orangnye, tapi lantang berbicara.Ala2 peguam.hehehe..JPP kelas kami.wahwahwah.

KINAH : Berasal dari Kuala Berang,Terengganu. Nampak mcm pendiam giler tapi tahap gila2 dia tak dpt dijangkakan. Duduk satu meja dengan aku. Kelaka giler dan selalu menjadi mangsa buli aku.hahahah

ANGAH : Berasal dari Manir, KT. Seorang yang kecil molek orang ye. tapi gaya matured.hehe. kelakar dalam keadaan selamba.hahaha.

AMIRAH : Berasal dari Pendang Kedah. Seorang yang berwawasan tinggi orangnye. Kenapa aku rase gitu?ntahla.sebab nampak macam bakal guru berwawasan satu hari nanti.hehe. seorang yang mengambil berat tentang rakannya.hehe

IZAH : Berasal dari Batu Rakit,KT. Seorang yang memahami dan yang kelakar orangnye.hehe

WANI : Berasal dari Besut. Comel dan kelakar orangnye. hehe. juga seorang bakal guru yang penyayang bak kata seorang lect.

RUMUSAN

hehe.dapatlah dirumuskan di sini bahawa, classmates aku ni ceria-ceria belaka. perangai kwn2 macam kanak2 dan happy go lucky.aku memang sayang diorang ni, walaupun maybe ade yang tak ngam sgt kan dgn aku.tapi aku tetap sayang diorang. Pernah ke kitorang bertelingkah sesama sendiri?Yep.Pernah.Yang paling aku ingat, masa SEM lepas.Tragedi dasat. hehe. Tapi sekejap aje, masing2 minta maaf sesama sendiri dan sekarang ni, semua hidup dalam harmoni . Kalau ada gaduh pun, tak lama. sehari kot paling lama tapi lepas tu cam tak ade ape2 berlaku.ewah~Semoga kita sama-sama mengharungi hidup sebagai keluarga selama 5 tahun bersama. Good Luck EveryOne!

No comments:

Post a Comment